Sunday, December 23, 2012

Makna Bacaan dalam Solat

Assalamualaikum w.b.t

Post kali ini adalah berkaitan dengan rutin harian kita sebagai seorang Muslim yang beriman kepada Allah , Muhammad SAW , para nabi , para malaikat , rukun iman dan rukun Islam . Post kali ini adalah berkaitan dengan solat . Video berikut adalah berkaitan dengan Makna Bacaan dalam Solat .

Wahai ikhwan dan ukhti , marilah kita sama-sama memahami dan cuba menghayati bacaan dalam solat yang telah kita kerjakan sejak masih kecil lagi . Bertahun-tahun mungkin kita melaksanakan solat hanya dengan mengingati bacaan solat tanpa memahaminya . Semoga video ini akan memberi manfaat kepada kita dan seluruh umat Islam , insyaa Allah :)


Video ini turut boleh ditonton dari Youtube . Ya , manfaatkanlah sebaik-baiknya kemudahan Youtube dan aplikasi internet yang lain menuju ke jalan yang diredhai Allah ya Ikhwan dan Ukhti . Semoga Allah memberkati ilmu pengetahuan yang kita peroleh untuk semakin dekat kepada-Nya walau dari mana pun sumber ilmu kita tersebut , asalkan tidak melanggar syariat Islam . Amin :)

Selamat Menonton ! Wassalam :)

Monday, December 10, 2012

Wanita , Subhanallah !


1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. Lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,“Tidak”.

Sabda Baginda, “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah ( Kaabah).

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.

10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang diperbuat daripada permata yakut.

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. “Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya. 
 *Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.



Thursday, November 22, 2012

Menjaga Adab Berziarah

Pernah suatu ketika, Nabi SAW mengunjungi rumah seorang sahabat bernama Sa'ad bin Ubadah. Setibanya di muka pintu Baginda mengucapkan salam. Sa'ad menjawab salam Baginda dari dalam tetapi dengan suara yang perlahan. Nabi tidak mendengarnya lalu memberi salam lagi sehingga tiga kali.
Apabila mendapati salamnya tidak berbalas, Baginda berpaling untuk beredar. Sa'ad segera keluar mendapatkan Baginda. Katanya,
"Wahai Rasululullah, demi Allah aku telah mendengar dan menjawab salammu. Cumanya aku menjawab dengan suara yang perlahan. Aku mahu kamu mengulangi ucapan salam sejahtera itu agar bertambah keberkatannya untukku."
Lihatlah adab Nabi SAW bersama para Sahabat. Baginda mengunjungi rumah para Sahabat, mengetuk pintu, memberikan salam, menunggu dan beredar apabila salam tidak dijawab. Walaupun begitu tinggi kedudukan Baginda di sisi Allah, namun tidak dirasakan dirinya istimewa berbanding manusia yang lain.
Fiman Allah SWT yang bermaksud;
"Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu masuk rumah yang bukan rumahmu sebelum kamu meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya.".
(Surah an-Nur ayat 27)
Al-Hafiz Ibnu Katsir dalam tafsirnya menyebut bahawa menjadi satu budaya bagi masyarakat Arab Jahiliah apabila mengunjungi rumah seseorang, mereka akan terus masuk ke rumah dan berkata, "Aku telah datang!" Suasana ini kurang disenangi kerana ia boleh memalukan tuan rumah atau tuan rumah mungkin bersama keluarga dan tidak bersedia untuk menerima kehadiran tetamu.

Oleh itu antara adab yang dianjurkan ketika kita berziarah ialah:
1. Mengetuk pintu rumah tiga kali dengan sederhana. Boleh ditambah sekiranya yakin bahawa tuan rumah tidak mendengar ketukan tadi.
Di dalam sebuah hadis, Nabi SAW berpesan,
"Jika seorang daripada kamu meminta izin sebanyak tiga kali dan tidak diizinkan maka hendaklah dia pulang".
(Riwayat Abu Daud)
Para Sahabat sangat berhati-hati apabila mengetuk pintu rumah Nabi SAW. Mereka akan menggunakan hujung kuku mereka kerana menjaga adab dengan Nabi.
2. Menyatakan nama sebenar.
Nabi sangat membenci orang yang tidak memperkenalkan dirinya ketika mengetuk pintu. Begitu juga orang yang memperkenalkan dirinya dengan 'aku'. Jabir r.a. pernah datang ke rumah Nabi SAW untuk menjelaskan hutang ayahnya. Dia mengetuk pintu kemudian Nabi bertanya, "Siapa kamu?" Katanya, "aku." Kata Nabi, "aku! aku!" Seolah-olah Baginda tidak menyukai ucapan sebegitu.
3. Tidak berada di muka pintu.
Hendaklah berada di sebelah kiri atau kanan pintu. Tujuannya apabila pintu dibuka, kita tidak akan terus melihat ke dalam ruang rumah yang terbuka sehingga ternampak perkara yang tidak sepatutnya dilihat.
4. Memberi isyarat ketika memasuki rumah sendiri.
Ini adalah amalan para Sahabat seperti Abdullah ibnu Mas'ud. Isterinya mengatakan bahawa jikalau Ibnu Mas'ud ingin masuk ke rumah, beliau akan berhenti di depan pintu dan berdehem-dehem sebelum masuk.
5. Tidak sedih jika kunjungan tidak diterima.
Bersangka baiklah kerana tidak semua orang mampu menyatakan keuzuran mereka. Boleh jadi tuan rumah tidak perasan, mungkin mereka bersama keluarga atau tidak bersedia menerima tetamu kerana keadaan rumah mereka tidak begitu sempurna.
Hayati kata-kata seorang Tabiin iaitu Qatadah bin Di'amah as-Sadusi, "Jangan berdiri di depan rumah orang yang tidak menerima ziarahmu. Mungkin kamu ada urusan dan mereka juga ada urusan. Ketahuilah, bahawa urusan mereka itu lebih utama."
Apabila tidak diterima sebagai tetamu, contohilah akhlak ulama sufi. Ada sesetengah ulama sufi gembira dan berharap agar mereka disuruh pulang. Mereka beramal dengan sepotong ayat al-Quran dalam yang bermaksud,
"Jika seorang daripada kamu meminta izin sebanyak tiga kali dan tidak diizinkan maka hendaklah dia pulang".
(Surah an-Nur ayat 28)
Sebenarnya mereka adalah pencinta kebaikan dan mereka mencari-cari pahala kesabaran dan keikhlasan di sebalik kalimah 'terlebih baik' itu. 
Wallahu Anta A'lam

ASSAF ?

Tahukah anda disebalik nama ASSAF?
ASSAF merupakan satu badan islamiyah surau As-Sufi Kolej Matrikulasi Selangor