Tuesday, March 5, 2013

Allah memberi yang terbaik :)

Assalamulaikum :)

Apa khabar iman?apa khabar hati?apa khabar amal dan ibadah ? semoga semuanya baik dan bertambah baik dari hari ke hari :) *k,saya tak nak tanya apa khabar result..sebab kompem semua dapat yang the best kan ?? :)

buat mereka yang berduka dan rasa rendah diri ,


bila pandang langit,kita mencari matahari..tak jumpa..
kita mencari hujan,pun masih tak jumpa..
kita mengeluh,kita merungut..
kita mula berputus asa daripada rahmat Allah..
kita mula berfikir..kenapa aku tak dapat apa yang aku nak..
cuba sekali tu kita tengok langit..
tanpa kita sedar,sebenarnya Allah dah turunkan pelangi untuk kita..

sahabat,
jangan kecewa kerana result periksa...
Allah memberi kita yang terbaik.
Allah itu sebaik-baik perancang.Dia mengetahui,apa yang tidak kita ketahui.
jadi,jangan berpaling..teruskan melangkah..dan jangan sesekali  berpatah balik

kalau hero hindustan biasanya muncul lambat,
kalau hero melayu penuh layan jiwang,
kita hero islam,teruskan berjuang dan jangan mengalah :)

..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf, ayat 12).

buat sahabat yang berjaya dan sedang bergembira ..

ingatlah,kita masih di tengah-tengah lereng bukit..yang penuh curam..
kita belum lagi sampai ke puncak..
jadi jangan bermegah seolah-olah kita sudah mencapai segalanya..
tetapi teruskan langkah.majukan pergerakkan.bantulah rakan-rakan yang masih
bertatih di belakang.
supaya kita sama-sama berjaya.bukan cuma awak,bukan cuma saya,tapi kita semua :)

sahabat,
titipkan syukur dalam diri,supaya tiada secebis riak dalam hati..
kadang-kadang kejayaan itu ujian,
jadikanlah ujian itu sebagai jalan untuk kesyurga..dan bukannya yang sebaliknya.
moga terus usaha supaya kejayaan itu terus mencapai mengikut keredhaanNya



"ALLAH TAK MEMBERI APA YANG KITA MINTA,TAPI ALLAH MEMBERI APA YANG KITA PERLU "

moga apa yang dikongsi dapat menenangkan hati
dapat menenangkan jiwa
dan menjadi saham di akhirat sana :)

selamat membaca ~

Saturday, February 16, 2013

Mengapa saya masuk islam ? - Yusuf Islam

Dipetik dari ( EDITOR: KASIHSAYANG , Artikel iluvislam.com )


Mengapa Saya Masuk Islam? - Yusuf Islam / Cat Stevens

Saya dilahirkan dalam sebuah rumah yang penghuninya beragama Kristian. Diajar bahawa tuhan itu wujud, tetapi kita tidak ada hubungan secara langsung dengan tuhan.
Lantas kita perlu mewujudkan satu cara untuk menghubunginya, iaitu melalui Jesus. Dan apabila mereka mengatakan yang tuhan itu tiga, saya menjadi lebih bingung tetapi saya tidak mampu membantah atau membahaskannya.
Namun, sedikit demi sedikit, saya mendapati diri semakin jauh daripada pendidikan yang berbentuk agama ini.
Saya mula mencipta muzik dan mahu menjadi seorang bintang terkenal. Akhirnya, saya berjaya menjadi seorang yang sangat terkenal.
Pada waktu itu, saya berusia belasan tahun tapi nama dan gambar terpampang di semua bentuk media.
Mereka membuat saya lebih besar dan kerana itu saya juga mahu hidup dengan cara yang lebih besar daripada hidup yang sebenarnya, dan satu-satunya cara untuk mendapatkannya ialah dengan menikmati arak dan dadah.
Selepas setahun berjaya menikmati kemewahan dan hidup secara high, saya sakit teruk dijangkiti penyakit TB dan perlu dirawat di hospital.
Kemudian, tiba satu ketika apabila saya rasa agama Buddha itu nampak baik dan mulia, tetapi saya masih belum bersedia menjadi seorang sami Buddha dan memisahkan diri daripada masyarakat sepenuhnya.
Saya mencuba pula Zen dan Ching, numerologi, kemudian kad-kad pakau dan astrologi. Saya cuba membuka semula kitab Bible tetapi tidak menjumpai apa-apa. Pada waktu itu, saya masih tidak tahu sesuatupun tentang Islam.

Titik Permulaan
Kemudian satu keajaiban berlaku. Abang saya melawat sebuah masjid di Jerusalem. Dia begitu kagum dengannya. Masjid itu dirasakan penuh dengan kehidupan (tidak seperti gereja-gereja dan rumah-rumah biara yang dirasakan kosong), aman dan tenang.
Dia memberikan saya senaskah terjemahan al-Quran yang dibawanya dari sana. Dia tidak pula menjadi seorang Muslim tetapi dia dapat merasakan yang ada sesuatu dalam agama itu, dan dia fikir mungkin saya akan menjumpai sesuatu juga.
Apabila saya terima kitab itu, saya mendapat petunjuk yang bakal menerangkan segala-galanya kepada saya - siapa diri saya, apakah tujuan hidup di dunia, apakah sebenarnya hakikat hidup dan apakah hakikat yang akan berlaku, dan di mana saya datang. Saya sedar bahawa inilah agama yang benar; agama yang bukan dalam erti kata yang difahami oleh Barat, bukan agama yang hanya berguna untuk masa tua anda.
Perkara pertama yang ingin saya lakukan pada waktu itu ialah menjadi seorang Muslim.
Pada tahap ini juga, saya mula menemui keyakinan. Saya merasakan sudah pun menjadi seorang Muslim. Apabila saya membaca kitab al-Quran itu, barulah saya sedar bahawa kesemua para nabi yang diutus Allah itu membawa ajaran yang sama.
Lantas, mengapakah penganut Kristian dan Yahudi saling tidak sefahaman? Sekarang saya tahu bagaimana orang Yahudi tidak mahu menerima Jesus sebagai utusan Tuhan dan mereka juga telah menukar ayat-ayat Tuhan.
Penganut Kristian salah faham akan ayat-ayat Tuhan dan menganggap Jesus anak Tuhan. Kesemuanya masuk akal dan begitu mudah difahami.
Inilah keindahan al-Quran. Ia membuat anda berfikir dan mencari jawapan, dan tidak menyembah matahari atau bulan tetapi Tuhan yang Esa yang telah menciptakan segala-galanya.
Apabila saya lebih banyak membaca kitab al-Quran, ia menceritakan pula tentang sembahyang, sifat pemurah dan sifat suka berbuat baik.
Saya masih belum menjadi seorang Islam lagi, tetapi saya sudah dapat merasakan bahawa satu-satunya jawapan untuk saya ialah al-Quran; bahawa Tuhan telah menghantarnya kepada saya, dan saya menyimpannya sebagai satu rahsia. Tetapi al-Quran itu juga berkata-kata pada beberapa peringkat yang berlainan. Saya mula memahaminya pada peringkat yang lain pula.
Al-Quran mengatakan, "Mereka yang beriman tidak menjadikan orang kafir sebagai temannya dan orang beriman itulah saudaranya."
Pada tahap itulah, timbul keinginan saya untuk bertemu dengan saudara-saudara selslam.
Melawat Jerusalem
Saya melawat Jerusalem (sepertimana yang dilakukan abang saya). Di Jerusalem, saya masuk ke dalam masjid dan duduk. Seorang lelaki datang menghampiri dan bertanya apa yang saya mahu. Saya beritahu dia yang saya seorang Muslim. Dia bertanya lagi, apakah nama saya. Saya jawab, "Stevens". Dia kelihatan keliru. Setelah itu, saya menyertai sembahyang berjemaah, walaupun tidak begitu menjadi.
Peristiwa ini berlaku pada tahun 1977, lebih kurang satu setengah tahun selepas saya menerima al-Quran daripada abang saya.
Lantas, pada satu hari Jumaat, iaitu selepas menunaikan sembahyang Jumaat, saya pergi bertemu imam Masjid New Regent dan melafazkan syahadah di tangannya.
Saya telah menjadi seorang yang memiliki kemasyhuran dan kemewahan. Tetapi saya begitu sukar mendapatkan petunjuk, walau bersungguh-sungguh saya cuba mendapatkannya, sehinggalah saya ditunjukkan dengan al-Quran.
Sekarang saya sedar bahawa saya boleh berhubung secara langsung dengan Tuhan, tidak perlu menggunakan perantara. Islam mengangkat semua halangan ini.
Saya tidak pernah berjumpa orang Islam sebelum saya memeluk agama suci ini. Saya lebih dahulu membaca al-Quran dan menyedari bahawa tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini.
Hanya Islam yang sempurna, dan sekiranya kita semua meniru akhlak Rasulullah s.a.w., kita akan berjaya.

HIDAYAH MILIK ALLAH :) TAPI KITA SEBAGAI HAMBA KENA CARI :)
=SELAMAT MEMBACA= ;)

Saturday, February 2, 2013

Rasulullah tu sentiasa di hati :)

 Assalamualaikum :)
Bismillahirrahmanirrahim :)

Alhamdulillah :)
UPS dah habis.harap usaha membuahkan hasil yang kita harapkan.Dan sekarang saya tahu semua tengah berbahagia tersenyum gembira sambil makan kuaci dekat rumah.Masing-masing tengah layan movie , tengah update status FB,Twitter dan segala laman sosial yang wujud dekat atas muka bumi ni.*saya pun macam tu :p..

ALHAMDULILLAH :) SELAWAT JOM :)

Sebenarnya saya nak kongsikan satu kenangan tentang As-Saf :) Insyaallah peristiwa dan kenangan yang saya akan kongsikan ni boleh mengakrabkan ukhwah kita.Akan lebih merapatkan hubungan kita.Amin...

before bertolak :)
Ingat lagi tak,Maulidur Rasul hari tu ? Alhamdulillah .. Kebanyakan kita masih ingat,masih sayang dan rindu kepada Rasulullah.Semoga rindu dan kasih itu akan sentiasa tumbuh subur dalam hati kita.Nak dijadikan cerita,masa hari khamis tu,kami kena pergi ke masjid ....errr.. okey saya tak berapa nak ingat namanya.. untuk menjadi wakil perarakan.Hemmhh ..semua semangat dan teruja.Mula-mula cadangnya kami nak pergi gunakan kaki je,tapi takdir Allah hujan turun.Makanya kami pun dihantar oleh ustaz sampai ke masjid tu.Sampai kat masjid tu ada pak cik tunggu kami ..

Pakcik : dari KMS ya ?
Saya : A'ah.
Pakcik : Kesiannya..Jalan kaki ya.Tadi pakcik telefon ustaz.dia kata kamu jalan kaki.Pakcik ingat naik bas...
Saya : Errr..=.= *saya dah garu kepala.. (ustaz yang hantar kitaorang ni pakcikkkk!! *cakap dalam hati aje)

Lepas je,minum air seteguk terus je kami beratur ikut arahan pakcik tu.Fuhh banner dah angkat.Semangat tengok muslimin angkat banner tu.*ohh ya,kami pakai baju warna purple dan biru hari tu :) .Dan mulalah melangkah keluar dari kawasan masjid dan mula berselawat.Selawat dengan sangat semangat!Rindunya saat tu :)..Kami ingat suara kami paling kuat,haa tiba-tiba dengar suara-suara adik-adik sekolah rendah.Haa diaorang punya suara superb!Kuat dan semangat.Teringat masa zaman ribena dulu :D 

Saya ingat kitaorang kena round jauh sangat .. tapi tiba-tiba dah kena belok.Ohh tak lah jauh mana.Masa kitaorang jalan tu,bila depan pak cik hakim je,tiba-tiba pitching semua naik mendadak.*anuar zain dan ning baizura pun surrender dengar ;p.

Dah sampai masjid .. semua serbu tempat air dan makanan :) Makanan yang mereka sediakan awesome *terima kasih makcik-makcik :) .Suka tengok budak-budak sekolah semangat nak tangkap gambar,semangat nak makan.Hemmhh masa nak umumkan pemenang tu,muslimat macam cuak.Takut kalah ;p hehehe..Tapi Alhamdulillah..dapat nombor 3..dan nombor 1 pastinya geng-geng budak sekolah bersamping merah dan bersongkok riben :D

Lepas je dapat hamper,dah puas tangkap gambar,dan dah puas makan..kami pun mulalah melangkah ke KMS.Balik KMS jalan kaki tau.*masa on the way sempat beli jambu ;3

Indah sesuatu ukhuwah itu akan lahir sendiri apabila ianya diikat dengan iman dan takwa,
Memori ukhuwah itu lebih manis daripada madu..
Akrabkan ukhuwah,barulah kita dapat rasakan manisnya iman . :)
Semoga kenangan ini sentiasa di memori :D


adik-adik ni dapat NO 2 rasanya ~

Taniah :D




Sentiasa selawat ke atas baginda ..
rindu baginda
dan moga kita mampu mendapat syafaat baginda .

SELAMAT MEMBACA :) SYUKRAN~

Sunday, December 23, 2012

Makna Bacaan dalam Solat

Assalamualaikum w.b.t

Post kali ini adalah berkaitan dengan rutin harian kita sebagai seorang Muslim yang beriman kepada Allah , Muhammad SAW , para nabi , para malaikat , rukun iman dan rukun Islam . Post kali ini adalah berkaitan dengan solat . Video berikut adalah berkaitan dengan Makna Bacaan dalam Solat .

Wahai ikhwan dan ukhti , marilah kita sama-sama memahami dan cuba menghayati bacaan dalam solat yang telah kita kerjakan sejak masih kecil lagi . Bertahun-tahun mungkin kita melaksanakan solat hanya dengan mengingati bacaan solat tanpa memahaminya . Semoga video ini akan memberi manfaat kepada kita dan seluruh umat Islam , insyaa Allah :)


Video ini turut boleh ditonton dari Youtube . Ya , manfaatkanlah sebaik-baiknya kemudahan Youtube dan aplikasi internet yang lain menuju ke jalan yang diredhai Allah ya Ikhwan dan Ukhti . Semoga Allah memberkati ilmu pengetahuan yang kita peroleh untuk semakin dekat kepada-Nya walau dari mana pun sumber ilmu kita tersebut , asalkan tidak melanggar syariat Islam . Amin :)

Selamat Menonton ! Wassalam :)

Monday, December 10, 2012

Wanita , Subhanallah !


1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. Lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,“Tidak”.

Sabda Baginda, “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah ( Kaabah).

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.

10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang diperbuat daripada permata yakut.

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. “Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya. 
 *Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.



Thursday, November 22, 2012

Menjaga Adab Berziarah

Pernah suatu ketika, Nabi SAW mengunjungi rumah seorang sahabat bernama Sa'ad bin Ubadah. Setibanya di muka pintu Baginda mengucapkan salam. Sa'ad menjawab salam Baginda dari dalam tetapi dengan suara yang perlahan. Nabi tidak mendengarnya lalu memberi salam lagi sehingga tiga kali.
Apabila mendapati salamnya tidak berbalas, Baginda berpaling untuk beredar. Sa'ad segera keluar mendapatkan Baginda. Katanya,
"Wahai Rasululullah, demi Allah aku telah mendengar dan menjawab salammu. Cumanya aku menjawab dengan suara yang perlahan. Aku mahu kamu mengulangi ucapan salam sejahtera itu agar bertambah keberkatannya untukku."
Lihatlah adab Nabi SAW bersama para Sahabat. Baginda mengunjungi rumah para Sahabat, mengetuk pintu, memberikan salam, menunggu dan beredar apabila salam tidak dijawab. Walaupun begitu tinggi kedudukan Baginda di sisi Allah, namun tidak dirasakan dirinya istimewa berbanding manusia yang lain.
Fiman Allah SWT yang bermaksud;
"Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu masuk rumah yang bukan rumahmu sebelum kamu meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya.".
(Surah an-Nur ayat 27)
Al-Hafiz Ibnu Katsir dalam tafsirnya menyebut bahawa menjadi satu budaya bagi masyarakat Arab Jahiliah apabila mengunjungi rumah seseorang, mereka akan terus masuk ke rumah dan berkata, "Aku telah datang!" Suasana ini kurang disenangi kerana ia boleh memalukan tuan rumah atau tuan rumah mungkin bersama keluarga dan tidak bersedia untuk menerima kehadiran tetamu.

Oleh itu antara adab yang dianjurkan ketika kita berziarah ialah:
1. Mengetuk pintu rumah tiga kali dengan sederhana. Boleh ditambah sekiranya yakin bahawa tuan rumah tidak mendengar ketukan tadi.
Di dalam sebuah hadis, Nabi SAW berpesan,
"Jika seorang daripada kamu meminta izin sebanyak tiga kali dan tidak diizinkan maka hendaklah dia pulang".
(Riwayat Abu Daud)
Para Sahabat sangat berhati-hati apabila mengetuk pintu rumah Nabi SAW. Mereka akan menggunakan hujung kuku mereka kerana menjaga adab dengan Nabi.
2. Menyatakan nama sebenar.
Nabi sangat membenci orang yang tidak memperkenalkan dirinya ketika mengetuk pintu. Begitu juga orang yang memperkenalkan dirinya dengan 'aku'. Jabir r.a. pernah datang ke rumah Nabi SAW untuk menjelaskan hutang ayahnya. Dia mengetuk pintu kemudian Nabi bertanya, "Siapa kamu?" Katanya, "aku." Kata Nabi, "aku! aku!" Seolah-olah Baginda tidak menyukai ucapan sebegitu.
3. Tidak berada di muka pintu.
Hendaklah berada di sebelah kiri atau kanan pintu. Tujuannya apabila pintu dibuka, kita tidak akan terus melihat ke dalam ruang rumah yang terbuka sehingga ternampak perkara yang tidak sepatutnya dilihat.
4. Memberi isyarat ketika memasuki rumah sendiri.
Ini adalah amalan para Sahabat seperti Abdullah ibnu Mas'ud. Isterinya mengatakan bahawa jikalau Ibnu Mas'ud ingin masuk ke rumah, beliau akan berhenti di depan pintu dan berdehem-dehem sebelum masuk.
5. Tidak sedih jika kunjungan tidak diterima.
Bersangka baiklah kerana tidak semua orang mampu menyatakan keuzuran mereka. Boleh jadi tuan rumah tidak perasan, mungkin mereka bersama keluarga atau tidak bersedia menerima tetamu kerana keadaan rumah mereka tidak begitu sempurna.
Hayati kata-kata seorang Tabiin iaitu Qatadah bin Di'amah as-Sadusi, "Jangan berdiri di depan rumah orang yang tidak menerima ziarahmu. Mungkin kamu ada urusan dan mereka juga ada urusan. Ketahuilah, bahawa urusan mereka itu lebih utama."
Apabila tidak diterima sebagai tetamu, contohilah akhlak ulama sufi. Ada sesetengah ulama sufi gembira dan berharap agar mereka disuruh pulang. Mereka beramal dengan sepotong ayat al-Quran dalam yang bermaksud,
"Jika seorang daripada kamu meminta izin sebanyak tiga kali dan tidak diizinkan maka hendaklah dia pulang".
(Surah an-Nur ayat 28)
Sebenarnya mereka adalah pencinta kebaikan dan mereka mencari-cari pahala kesabaran dan keikhlasan di sebalik kalimah 'terlebih baik' itu. 
Wallahu Anta A'lam

ASSAF ?

Tahukah anda disebalik nama ASSAF?
ASSAF merupakan satu badan islamiyah surau As-Sufi Kolej Matrikulasi Selangor